Pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menjadi medan untuk pemimpin membangkitkan kebimbangan berkaitan ketidaktentuan global yang berlaku ketika ini.<br /><br />Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam ucapan pembukaannya memberi amaran, negara-negara kini terperangkap dengan pelbagai masalah, dan tidak sedia menangani cabaran baharu yang mengancam kehidupan.
